Perasaan... Setiap manusia punyai perasaan. Perasaan yang perlu dijaga, dibaja, dibelai agar tidak ada sekelumit amarah, agar usai segala gundah..
Hidup di dunia yang tidak keseorangan, walhal terkadang kita sering merasakan keterasingan, tidak sedar bahawa diri dikelilingi ramai insan di luar sana yang masih mengambil berat.
Pun begitu, kadangkala benak kita terfikir, mengapa si A tidak pandai jaga hati aku, si B macam pentingkan diri sendiri, si C pula suka mengarah sana sini, si D asyik menyibuk hal orang lain sampai lupa hal sendiri yang tidak terurus dan sebagainya...Namun sedarkah kita bahawasanya kadangkala apa yang kita terima merupakan apa yang kita pernah berikan kepada orang lain?
Insan sekeliling bagaikan cermin yang dapat membantu kita melihat jauh ke dalam diri. Sebelum menilai apa yang orang lain lakukan, baik yang elok mahupun yang tidak, wajar kita merefleksi apa yang pernah kita lakukan terhadap orang lain...adakah tidak pernah kita sendiri berbuat sedemikian? Sekiranya ya, maka perlulah kita hindarkan sifat-sifat yang tidak menyenangkan dan gantikan dengan perkara yang menggembirakan orang lain. Sekiranya tidak, perlulah diingat bahawa mungkin musibah itu datang sebagai ujian Allah SWT. Yakinlah...ujian Tuhan itu datang kepada mereka yang terpilih dan mampu memikulnya. Dia Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Hari ini aku juga tidak terkecuali diuji Allah SWT lagi...Namun aku bersyukur, ujian ini didatangkan Allah SWT kerana Dia lebih Mengetahui. Walaupun jiwa masih kabur dengan dugaan ini, aku yakin...suatu masa nanti aku akan mengerti ujianMu ini...Dan sehingga tiba detik itu, Kau kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku menempuhnya ya Allah...
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment