BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 21, 2009

ALHAMDULILLAH...

Syukur alhamdulillah atas nikmat yang Kau kurniakan...baru sahaja sehari diuji, nikmatmu yang amat tidak disangka menghampiri diri. Terasa baru sedetik hati mengeluh menyesali malang yang melanda. Semoga kurniaan ini tidak melalaikan malah lebih mematangkan diri. Kukira rezeki yang Kau kurniakan ini merupakan salah satu daripada ujianMu yang pelbagai. Oleh itu, kumohon agar Kau sentiasa mengingatkanku akan diriMu. Syukur alhamdulillah!

Ku Mohon

Setiap hari ku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberi ku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Kau beri ku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geri ku
Berkatilah...ku perlu rahmat dariMu

By: Sheila Majid

Monday, May 18, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY AND HAPPY FATHER'S DAY 2009


I wish a Happy Mother's Day and a Happy Father's Day to both my parents Hjh Wan Juriah binti Wan Embong and Hj Ahmad @ Amros bin Hj Mohd Taib... I love both of you. Nothing I can do to repay all your love given to me. I can never repay... I really can't...

MUHASABAH DIRI

Perasaan... Setiap manusia punyai perasaan. Perasaan yang perlu dijaga, dibaja, dibelai agar tidak ada sekelumit amarah, agar usai segala gundah..
Hidup di dunia yang tidak keseorangan, walhal terkadang kita sering merasakan keterasingan, tidak sedar bahawa diri dikelilingi ramai insan di luar sana yang masih mengambil berat.
Pun begitu, kadangkala benak kita terfikir, mengapa si A tidak pandai jaga hati aku, si B macam pentingkan diri sendiri, si C pula suka mengarah sana sini, si D asyik menyibuk hal orang lain sampai lupa hal sendiri yang tidak terurus dan sebagainya...Namun sedarkah kita bahawasanya kadangkala apa yang kita terima merupakan apa yang kita pernah berikan kepada orang lain?
Insan sekeliling bagaikan cermin yang dapat membantu kita melihat jauh ke dalam diri. Sebelum menilai apa yang orang lain lakukan, baik yang elok mahupun yang tidak, wajar kita merefleksi apa yang pernah kita lakukan terhadap orang lain...adakah tidak pernah kita sendiri berbuat sedemikian? Sekiranya ya, maka perlulah kita hindarkan sifat-sifat yang tidak menyenangkan dan gantikan dengan perkara yang menggembirakan orang lain. Sekiranya tidak, perlulah diingat bahawa mungkin musibah itu datang sebagai ujian Allah SWT. Yakinlah...ujian Tuhan itu datang kepada mereka yang terpilih dan mampu memikulnya. Dia Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Hari ini aku juga tidak terkecuali diuji Allah SWT lagi...Namun aku bersyukur, ujian ini didatangkan Allah SWT kerana Dia lebih Mengetahui. Walaupun jiwa masih kabur dengan dugaan ini, aku yakin...suatu masa nanti aku akan mengerti ujianMu ini...Dan sehingga tiba detik itu, Kau kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku menempuhnya ya Allah...

Saturday, May 16, 2009

HAPPY TEACHER'S DAY 2009

This is my favourite quote...

"The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires". ~William Arthur Ward

I wish I could go back to the very first time I entered the class and inspire as many students as I could...but we cannot turn back time...

But I know I can start it right now..

I wish a very Happy Teacher's Day to all teachers out there... May Allah bless you, shower with good health, happiness and wisdom... May the best be with you!

Teachers rule!